Thursday 10 November 2016

SISTEM PENGAJIAN SRITI

SISTEM PENGAJIAN
Sistem pengajian yang terdapat di SRITI mengintegrasikan 3 elemen:
  • Subjek akademik arus perdana
  • Subjek-subjek Diniah
  • Program tahfiz Al-Quran

Kurikulum khas (kurikulum KAFFAH) akan diimplementasikan sepenuhnya bagi membolehkan aspek aqidah/tauhid merentasi semua matapelajaran. Pencapaian dan prestasi murid akan dinilai dari masa ke semasa melalui penilaian berterusan (penilaian oleh guru) dan penialaian berkala (peperiksaan). Aktiviti-aktiviti berasaskan sunnah Nabi akan dipilih untuk dilaksanakan sebagai aktiviti ko-kurikulum sekolah ini.

SILIBUS PENGAJIAN
Matapelajaran Al-Quran:
  • Talaqqi
  • Tasmi’
  • Muraaja’ah
  • Tajwid

SRITI TAHFIZ
Pengajian tahfiz di SRITI Tahfiz adalah selama 6 tahun. Para pelajar hanya diterima masuk untuk ke darjah satu sahaja. Mereka perlu menghabiskan silibus bermula daripada darjah satu. Para pelajar yang tidak dapat menghabiskan sukatan dalam darjah masing-masing tidak dibenarkan untuk naik ke darjah yang seterusnya.

Salah satu sistem pengajian Al-Quran di SRITI ini adalah dengan memastikan setiap pelajar yang habis menghafaz juz 1 dan untuk naik menghafaz juz seterusnya wajiblah ditebuk dahulu hafazan juzuk yang sebelumnya oleh guru tasmi’.

Sebagai tanda pengiktirafan, majlis graduasi akan diadakan apabila para pelajar tamat darjah 6 dan sijil khatam Al-Quran akan diberikan ketika majlis tersebut diadakan. Syarat untuk mendapatkan sijil khatam Al-Quran adalah apabila para pelajar khatam dalam tempoh yang ditetapkan, iaitu 5 juzuk dalam masa 6 tahun.

SUBJEK FARDHU AIN DAN FARDHU KIFAYAH
Menggunakan kurikulum KAFFAH sedia ada (sila rujuk KK KAFFAH):
  1. Fiqh Syahadah
  2. Fiqh Taharah
  3. Fiqh Solat
  4. Lughatul Quran
  5. Bahasa Malaysia
  6. Bahasa Inggeris
  7. Matematik dalam Al-Quran
  8. Sains dalam Al-Quran

SUBJEK KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah)
Subjek terpilih sahaja yang berkaitan dengan subjek KAFFAH.

Saturday 5 November 2016

PENUBUHAN SRITI

Assalamualaikum w.b.t.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melalui Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah (JPSR) dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) telah berjaya membuka Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam ataupun singkatannya adalah SRITI sebanyak 11 buah di seluruh negara bermula pada awal tahun 2016, Januari lalu. 

JPSR dan PASTI merupakan satu jabatan khas yang ditubuhkan dan digerakkan oleh DPPM sendiri. JPSR adalah jabatan yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras sistem, merangka silibus, merancang strategik dan membuka SRITI di seluruh negara. SRITI adalah usaha kesinambungan kepada PASTI iaitu salah satu produk DPPM yang mendapat tempat dan diiktiraf antara pra-sekolah Islam terbaik di negara kita. 

PASTI sahaja terdapat hampir 3,000 di seluruh negara dari Perlis hingga ke Sabah dengan lebih 100,000 murid dan semakin berkembang saban tahun. SRITI adalah langkah seterusnya dalam dunia pendidikan daripada DPPM. Ini adalah sebahagian usaha PAS dalam memajukan pendidikan berteraskan Islam untuk anak bangsa tercinta. 

Antara keratan akhbar Harakah mengenai SRITI.

KEISTIMEWAAN KURIKULUM

Silibus SRITI digubal oleh pakar-pakar pendidikan Islam yang menjadikannya berbeza daripada sekolah-sekolah rendah lain. Ia mengintegrasikan elemen pendidikan arus perdana, agama dan tahfiz Al-Quran iaitu:

  • Kurikulum Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah (KAFFAH)
  • Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
  • Kurikulum Diniah
  • Kurikulum Tahfiz
KAFFAH ialah silibus akademik yang berteraskan wahyu dngan memberi penekanan kepada peneguhan tauhid kepada Allah. Contoh, subjek Matematik, dikaitkan dengan perihal angka-angka atau bilangan yang Allah sebut di dalam Al-Quran. Belajar subjek Sains, pelajar didedahkan dengan hal-hal pada tubuh badan serta dengan dinyatakan sama ayat Quran berkaitannya. Semua itu dihalakan kepada kebesaran Allah agar terpasak kukuh tauhid dalam diri pelajar.


SUBJEK FARDHU AIN DAN FARDHU KIFAYYAH

Menggunakan kurikulum KAFFAH;

  • Fiqh Syahadah
  • Fiqh Taharah
  • Fiqh Solat
  • Lughatul Quran
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik dalam Al-Quran
  • Sains dalam Al-Quran






Doakan semoga SRITI akan terus maju dan berkembang, Insha allah.





Thursday 3 November 2016

SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM (SRITI) AT-TAQWA

Pengenalan

Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) At-Taqwa ditubuhkan berorientasikan sistem pendidikan Islam yang didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Perak, yang menggabungkan antara aliran Tahfiz, Addiniah dan Akademik untuk melahirkan generasi yang bertaqwa dalam apa jua bidang kerjayanya.


Visi 

Melahirkan generasi Bertaqwa, Pintar, Rabbani dan Murabbi.


Misi 

Memberikan pendidikan peringkat rendah berasaskan kurikulum integrasi merangkumi TAHFIZ, FARDHU AIN dan FARDHU KIFAYYAH melalui persekitaran yang kondusif.


Matlamat 

  • Menghayati dan menghafal isi kandungan Al-Quran.
  • Menguasai ilmu Syar'ie dan Waqi'e.
  • Memiliki sahsiah terpuji.
  • Mempunyai kecerdasan mental dan fizikal.


Objektif 

  • Menawarkan pakej pendidikan berteraskan Islam di peringkat sekolah rendah kepada masyarakat.
  • Menyediakan pendidikan bersepadu sebagai kesinambungan daripada institusi pra-sekolah PASTI.
  • Mendidik generasi Islam bagi melahirkan insan yang beriman, bertaqwa dan berilmu serta memahami Islam sebagai agama yang lengkap dan syumul.
  • Melahirkan generasi muda Islam sebagai petugas dan pemimpin umat Islam akan datang.


Logo Rasmi SRITI



Keterangan Logo