SISTEM PENGAJIAN
Sistem pengajian yang terdapat di SRITI
mengintegrasikan 3 elemen:
- Subjek akademik arus perdana
- Subjek-subjek Diniah
- Program tahfiz Al-Quran
Kurikulum khas (kurikulum KAFFAH) akan
diimplementasikan sepenuhnya bagi membolehkan aspek aqidah/tauhid merentasi
semua matapelajaran. Pencapaian dan prestasi murid akan dinilai dari masa ke
semasa melalui penilaian berterusan (penilaian oleh guru) dan penialaian
berkala (peperiksaan). Aktiviti-aktiviti berasaskan sunnah Nabi akan dipilih
untuk dilaksanakan sebagai aktiviti ko-kurikulum sekolah ini.
SILIBUS PENGAJIAN
Matapelajaran Al-Quran:
- Talaqqi
- Tasmi’
- Muraaja’ah
- Tajwid
SRITI TAHFIZ
Pengajian tahfiz di SRITI Tahfiz adalah
selama 6 tahun. Para pelajar hanya diterima masuk untuk ke darjah satu sahaja. Mereka
perlu menghabiskan silibus bermula daripada darjah satu. Para pelajar yang
tidak dapat menghabiskan sukatan dalam darjah masing-masing tidak dibenarkan
untuk naik ke darjah yang seterusnya.
Salah satu sistem
pengajian Al-Quran di SRITI ini adalah dengan memastikan setiap pelajar yang
habis menghafaz juz 1 dan untuk naik menghafaz juz seterusnya wajiblah ditebuk
dahulu hafazan juzuk yang sebelumnya oleh guru tasmi’.
Sebagai tanda
pengiktirafan, majlis graduasi akan diadakan apabila para pelajar tamat darjah
6 dan sijil khatam Al-Quran akan diberikan ketika majlis tersebut diadakan. Syarat
untuk mendapatkan sijil khatam Al-Quran adalah apabila para pelajar khatam
dalam tempoh yang ditetapkan, iaitu 5 juzuk dalam masa 6 tahun.
SUBJEK FARDHU AIN DAN FARDHU KIFAYAH
Menggunakan kurikulum KAFFAH sedia ada
(sila rujuk KK KAFFAH):
- Fiqh Syahadah
- Fiqh Taharah
- Fiqh Solat
- Lughatul Quran
- Bahasa Malaysia
- Bahasa Inggeris
- Matematik dalam Al-Quran
- Sains dalam Al-Quran
SUBJEK KSSR (Kurikulum Standard Sekolah
Rendah)
Subjek terpilih sahaja yang berkaitan
dengan subjek KAFFAH.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Ingat Allah ya..