Saturday 5 November 2016

PENUBUHAN SRITI

Assalamualaikum w.b.t.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melalui Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah (JPSR) dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) telah berjaya membuka Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam ataupun singkatannya adalah SRITI sebanyak 11 buah di seluruh negara bermula pada awal tahun 2016, Januari lalu. 

JPSR dan PASTI merupakan satu jabatan khas yang ditubuhkan dan digerakkan oleh DPPM sendiri. JPSR adalah jabatan yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras sistem, merangka silibus, merancang strategik dan membuka SRITI di seluruh negara. SRITI adalah usaha kesinambungan kepada PASTI iaitu salah satu produk DPPM yang mendapat tempat dan diiktiraf antara pra-sekolah Islam terbaik di negara kita. 

PASTI sahaja terdapat hampir 3,000 di seluruh negara dari Perlis hingga ke Sabah dengan lebih 100,000 murid dan semakin berkembang saban tahun. SRITI adalah langkah seterusnya dalam dunia pendidikan daripada DPPM. Ini adalah sebahagian usaha PAS dalam memajukan pendidikan berteraskan Islam untuk anak bangsa tercinta. 

Antara keratan akhbar Harakah mengenai SRITI.

KEISTIMEWAAN KURIKULUM

Silibus SRITI digubal oleh pakar-pakar pendidikan Islam yang menjadikannya berbeza daripada sekolah-sekolah rendah lain. Ia mengintegrasikan elemen pendidikan arus perdana, agama dan tahfiz Al-Quran iaitu:

  • Kurikulum Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah (KAFFAH)
  • Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
  • Kurikulum Diniah
  • Kurikulum Tahfiz
KAFFAH ialah silibus akademik yang berteraskan wahyu dngan memberi penekanan kepada peneguhan tauhid kepada Allah. Contoh, subjek Matematik, dikaitkan dengan perihal angka-angka atau bilangan yang Allah sebut di dalam Al-Quran. Belajar subjek Sains, pelajar didedahkan dengan hal-hal pada tubuh badan serta dengan dinyatakan sama ayat Quran berkaitannya. Semua itu dihalakan kepada kebesaran Allah agar terpasak kukuh tauhid dalam diri pelajar.


SUBJEK FARDHU AIN DAN FARDHU KIFAYYAH

Menggunakan kurikulum KAFFAH;

  • Fiqh Syahadah
  • Fiqh Taharah
  • Fiqh Solat
  • Lughatul Quran
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik dalam Al-Quran
  • Sains dalam Al-Quran






Doakan semoga SRITI akan terus maju dan berkembang, Insha allah.





No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Ingat Allah ya..