Wednesday, 16 September 2026

✨ SEPUTAR KENANGAN: SAMBUTAN MAULID NABI 2026 ✨


Alhamdulillah, program sempena Maulid Nabi baru-baru ini telah berjalan dengan sangat lancar dan meriah! Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Jom kita imbas kembali momen-momen indah sepanjang program berlangsung melalui perkongsian gambar di bawah! 👇

🎨 25 Ogos 2026: Pertandingan Mewarna Suasana ceria dimulakan terlebih dahulu dengan Pertandingan Mewarna bagi mencungkil kreativiti dan bakat seni anak-anak. Memang bersungguh-sungguh mereka menyiapkan warna masing-masing! 


🚶‍♂️ 26 Ogos 2026: Perarakan  Hari kedua dimulakan dengan Perarakan Keliling Kampung. Riuh-rendah suasana kampung dipenuhi dengan bunyi suara anak-anak sekolah dan alunan selawat yang bergema ke udara!