Imbau Kenangan: Imbasan Program Aktiviti Kemerdekaan 2026!
Alhamdulillah, kita sudah pun melangkah ke penghujung bulan Ogos. Apa kata kita imbau kembali kemeriahan aktiviti-aktiviti menarik yang telah berlangsung di sekolah kita pada awal bulan Ogos yang lalu bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan!
Pelbagai pertandingan dan aktiviti santai telah diadakan bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2. Antara pengisian program yang telah berjaya dijalankan mengikut jadual adalah:
4 Ogos 2026 (Selasa): Murid-murid Tahap 1 sibuk mewarna poster kemerdekaan, manakala Tahap 2 menunjukkan kreativiti melukis dan mewarna corak batik (3 pemenang dipilih dari setiap kelas).
5 Ogos 2026 (Rabu): Suasana lebih meriah dengan aktiviti mencipta Tanjak Merdeka untuk Tahap 1 dan rekaan Payung Terjun Kemerdekaan bagi Tahap 2.
6 Ogos 2026 (Khamis): Menguji minda murid melalui aktiviti Mencari Kata Merdeka (Tahap 1) dan Teka Silang Kata Merdeka (Tahap 2).
7 Ogos 2026 (Jumaat): Kemuncak program ditutup dengan aktiviti Wayang Pacak Kemerdekaan disertai sesi kuiz berkaitan tayangan yang menawarkan 10 tempat pemenang!




.jpg)

.jpg)


.jpg)




.jpg)




.jpg)


.jpg)


.jpg)



.jpg)


.jpg)


.jpg)



.jpg)



.jpg)



.jpg)



.jpg)



.jpg)



.jpg)



.jpg)


.jpg)



.jpg)



.jpg)




.jpg)







.jpg)




.jpg)

No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Ingat Allah ya..