Thursday, 23 April 2026

program bersama perpustakaan awam tapah

 Lensa Program: Jom Baca 10 Minit 📖✨

Hari ini, murid-murid berpeluang menyertai Program Jom Baca 10 Minit yang diadakan di Perpustakaan Awam Tapah. Program bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari tadi.

Walaupun simboliknya cuma 10 minit, namun pengisian sepanjang berada di sana sangat bermakna. Anak-anak didedahkan dengan pelbagai bahan bacaan dan aktiviti yang menarik bagi memupuk minat cintakan ilmu.

Terima kasih pihak Perpustakaan Awam Tapah atas layanan yang sangat baik. Semoga usaha murni ini melahirkan generasi yang celik akal dan berpengetahuan luas. 🎓🌟

#JomBaca10Minit #DekadMembacaKebangsaan #MembacaJambatanIlmu #PerpustakaanAwamTapah #LensaSekolah
















Saturday, 11 April 2026

PROGRAM KESIHATAN & IMUNISASI KKM 2026

 

Kesihatan murid adalah keutamaan kami. Pada Jumaat lepas, 10 April 2026, pasukan kesihatan daripada KKM telah hadir ke sekolah bagi menjalankan pemeriksaan rutin dan pemberian imunisasi.

Fokus program kali ini melibatkan:

Murid Tahun 1: Pemberian suntikan dos penggalak DT (Difteria-Tetanus) dan MR (Measles-Rubella) untuk pengukuhan imuniti.
Murid Tahun 6 (Perempuan): Pemberian suntikan HPV sebagai langkah pencegahan kanser serviks. ✅ Saringan Kesihatan Umum: Pemeriksaan penglihatan (mata) serta ukuran berat badan dan tinggi bagi memantau pertumbuhan murid.

Terima kasih diucapkan kepada para petugas KKM atas layanan yang mesra dan profesional. Syabas juga kepada murid-murid yang sangat berani! 😊🩺