🌙 Program Sempena Israk Mikraj 2026
Alhamdulillah, Program Sempena Israk Mikraj telah berlangsung dengan penuh penghayatan dan semangat.
Pada Jumaat, 16 Januari 2026, pelajar mengikuti aktiviti:
• 🎬 Tayangan video tentang peristiwa Israk Mikraj
• ❓ Kuiz interaktif
• 📝 Aktiviti mind map secara berkumpulan
• 📢 Pembentangan hasil kerja kumpulan
Suasana program sangat meriah, namun kerana masa tamat dan pelajar perlu pulang, hanya sebahagian kumpulan sempat membuat pembentangan pada hari tersebut.
Program diteruskan pada Isnin, 19 Januari 2026 dengan baki 3 kumpulan menyambung pembentangan mereka. Semua kumpulan tampil dengan penuh semangat dan keyakinan, menunjukkan kreativiti dalam menyampaikan mind map masing-masing.
Tahniah kepada kumpulan yang berjaya menjadi pemenang pembentangan! Hadiah telah disampaikan pada hari yang sama sebagai tanda penghargaan atas usaha dan kerjasama mereka.



.jpg)


.jpg)

.jpg)













.jpg)



.jpg)


.jpg)

.jpg)


.jpg)

No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Ingat Allah ya..