Assalamualaikum WBT.
SELAMAT HARI GURU diucapkan kepada semua guru seluruh Malaysia amnya, dan SELAMAT HARI GURU diucapkan kepada semua guru SRITI TAPAH khususnya.
Berpeganglah kepada janji Allah di mana salah satu amalan yang tidak akan terputus bagi seseorang hamba Allah setelah kematiannya ialah ilmu yang dimanfaatkan. Sebarlah ilmu ibarat semut hitam di atas batu yang hitam ketika hitamnya larut malam. Amanah dan tanggungjawab yang diberikan perlu dijalankan dengan sebaiknya kerana di situlah letaknya keberkatan yang akan dibawa ke akhirat kelak dan demi membina generasi Rabbani dan Murabbi.
Moga Allah mempermudahkan urusan semua guru SRITI TAPAH sekalian.
Allahumma Amin.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Ingat Allah ya..