Tuesday, 5 July 2022

PERSIAPAN TEAM BOLA JARING


 Bismillah


di awal mendapat tarikh temasya sukan 2022, pasukan bola jaring tiada. tiada murid yang ingin memasuki acara bola jaring tahun ini. semua ingin menyertai acara balapan. hampir sahaja berputus asa untuk acara bola jaring ini . Bola sepak juga menerima nasib serupa.. atlet bola sepak membesar dengan jayanya hasil PKP 2 tahun. stamina sangat sedikit.

setelah perbincangan dibuat berkali-kali, akhirnya acara bola sepak telah dipersetujui untuk di sertai. Namun, bukan pasukan bola jaring. 

berfikir lama, Jurulatih dan pengurus pasukan membulatkan hati untuk menghantar atlet sekadar menyertai." Hantar sahaja anak-anak tahun 1,2 dan 3. beri mereka pengalaman".

bermulalah pencarian atlet kami ,

"aduh, bola pon mereka tak larat nak angkat"

" cikgu, saya tak nak main bola jaring"

" bola jaring asyik kalah je, tak nak lah masuk bola jaring"

dugaan, dugaan..

dan tiba-tiba, murid-murid perempuan  datang berjumpa..

" kamii keliru, kami nak masuk 2 acara, tak boleh kah?"

disebabkan peraturan 1 murid boleh menyertai 1 acara sahaja, maka kami minta murid-murid tersebut buat istiharah dan beri keputusan dalam 3 hari.

isnin 3 julai, murid-murid menyatakan keputusan..

NAK MASUK BOLA JARING

alhamdulillah.. maka, bermulalah perjalanan atlet ini disamping adik-adik berlatih setiap hari selama 3 minggu.




No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Ingat Allah ya..